Showing posts with label an-nisa'. Show all posts
Showing posts with label an-nisa'. Show all posts
7.26.2009
muslim dan muslimah
Ibnu Umar radhiallahu anhumma telah melaporkan bahawa Nabi SAW pernah bersabda,”Wahai kaum wanita! Kamu(teristimewanya) bayarlah sedekah dan banyak bertaubat, kerana daku melihat kebanyakan penghuni neraka adalah wanita.” Salah seorang daripada pendengar berkata, “Wahai Rasulullah! Apakah kesalahan kami yang kebanyakan daripada kami akan memasuki neraka?” Nabi SAW menjawab,”Kamu paling kerap mempunyai tabiat melaknat(semasa perbualan) dan kamu lebih tidak bersyukur kepada suami kamu. Daku tidak melihat seseorang yang kekurangan dalam ketakwaan dan hikmah seperti kamu tetapi menguasai seorang yang berhikmah.” (Bukhari, Muslim, Tarjumanus Sunnah) Hazrat Ibnu Mas’ud telah memberitakan bahawa Nabi bersabda,”Seseorang wanita patut ditutupi kerana apabila dia keluar, syaitan akan memandangnya,”(Tirmizi) Begitu juga, maka perlulah wanita menjaga suara supaya tidak didengari oleh orang luar. Adalah juga penting, lelaki menghindari dari melafazkan puisi di khalayak wanita lain oleh kerana wanita bersifat lembut hatinya dan mudah cenderung kepada pengaruh buruk. (Uswah rasool e akram) Hazrat Hasan Basari ra. memberitahu bahawa dia telah mendengar Rasulullah SAW bersabda,”Allah melaknati orang yang memandang kepada seseorang wanita asing dan juga seseorang yang dipandang itu.” (Mishkat) Hazrat Abu Musa ra. Telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda,”Mata yang memandang kepada seseorang lelaki atau wanita asing dengan niat buruk adalah penzinaan dan seseorang wanita yang mewangikan dirinya dan kemudiannya lalu di hadapan khalayak lelaki adalah tiada bezanya. (Tirmizi, Abu Daud) Hazrat Ibnu Mulaika ra memberitahu bahawa apabila seseorang menyatakan kepada Hazrat Aisyah bahawa seorang wanita sedang memakai sandal(kasut lelaki) maka dia menjawab bahawa Rasulullah melaknati wanita yang bersifat kelakian (Abu Daud) Adalah sunnah bagi wanita mengucap salam dan selamat antara satu sama lain dan berjabat tangan. Ini patut digalakkan.(Tabrani, Baihaqi) Nota: antara sesama wanita sahaja. Ibnu Abi Dunya dan Baihaqi telah memberitakan dari Ash Shabi bahawa Nabi bersabda,”Laknatlah kepada penyanyi-penyanyi perempuan dan kepada sesiapa yang mereka nyanyikan,”
6.27.2009
Muslimahku...
The Prophet SAW said, "Whoever loves for the sake of Allah, hates for the sake of Allah, gives for the sake of Allah and forbids for the sake of Allah, has indeed perfected his faith."Ketahuilah bahawa sesungguhnya terdapat 4 golongan yang ditarik oleh wanita iaitu ayah, suami, anak laki-laki dan adik beradik lelaki. Di bahu seorang lelaki, terpikullah amanah dan tanggungjawab terhadap 4 golongan wanita pula yakni ibu, isteri, anak-anak perempuan serta adik beradik perempuan yang akan dipersoalkan oleh Allah SWT kelak. Oleh itu, marilah kita sama2 memerhati dan menasihati ibu, kakak mahupun adik2 perempuan kita sekalipun agar sentiasa melaksanakan perintah Allah SWT serta beroleh keredhaan-Nya fiddunya wal akhirah. Dalam hadis yang selalu disebut2kan ialah, "Dunia ini penuh dengan perhiasan dan sebaik2 perhiasan adalah wanita solehah." (Hadis Riwayat Muslim) Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita itu menunaikan solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga dari mana2 pintu yang ia kehendaki." (Hadis Riwayat al-Bazzar)
Allah SWT has stated in the Quran that women must protect and guard their modesty. Islam protects the women and it is for this reason that Allah SWT gave these laws. It is better to dress according to God as real happiness and inner peace can only be found in submitting to the commands of the Creator and the Sustainer of this world. Allah SWT has said in the Quran, chapter 13, verse 28, "Truly, in remembering Allah do hearts find rest." We as muslims, believe in one, unique and incomparable God, Who has no son nor partner and that none has the right to be worshiped but Him alone. Yes, we claim to be muslims, we say that we love Allah SWT as the only god and we claim to believe in Him, so we should really believe with a firm heart and we must also do actions that what we say in words and that what we know in thoughts.
Muslimahku...
Hijabkanlah kecantikanmu dengan amalan ketaatan,
Sedarilah bahawa wajahmu hanyalah satu peranan kecil,
Yang bakal dimamah usia,
Yang tak kekal untuk diwariskan,
Yang bukan jadi nilaian iman.
Muslimahku...
Berjalanlah sesuai dengan petunjuk al-Quran dan as-Sunnah,
Yakinlah akan segala janji Tuhan,
Sungguh!
Wanita yang solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga,
Dan lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
Muslimahku...
Usah gentar dengan mehnah duniawi,
Tetapi rindukanlah akan wangian syurgawi,
Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia,
Jugalah yang menggoncangkan iman lelaki,
Cukuplah kemuliaanmu dengan menjadi seorang muslimah sejati,
Semoga ada lagi pewaris Khadijah, Aisyah dan Fatimah,
Dalam perjalanan panjang menuju mahabbatullah.
2 Jamadilawal 1430H
Perhimpunan pagi di SMKA Al-Mashoor(L)
Subscribe to:
Posts (Atom)