10.16.2009
Khalishah Abirah
Kini, Khalishah Abirah merupakan seorang mahasiswi. Walaupun Khalishah Abirah tinggal berjauhan dengan keluarga, namun dia pandai menjaga diri. Setiap pagi, Khalishah Abirah akan memastikan dirinya mandi terlebih dahulu sebelum mengerjakan qiamullail dan menunaikan solat subuh secara berjemaah di surau kolej kediamannya. Khalishah Abirah yakin bahawa Islam dibina atas kebersihan. Allah SWT telah berfirman, “Wahai orang yang berselimut! Bangunlah, lalu berilah peringatan! Dan Tuhanmu agungkanlah! Dan pakaianmu bersihkanlah! Dan segala yang keji tinggalkanlah,” (Al-Muddathir: 1-5). Khalishah Abirah tidak pernah membiarkan biliknya dalam keadaan yang tidak terurus. Katilnya sentiasa dikemaskan. Buku-buku di atas meja disusun dengan teratur serta pakaiannya digantung serta dilipat satu persatu. Khalishah Abirah berbeza daripada rakan-rakannya yang lain. Khalishah ingat akan pesanan umminya bahawa, “Sikap suka bertangguh adalah pencuri masa.” Lagipun, bagi Khalishah Abirah sikap tersebut tidak melambangkan keperibadian seorang muslim yang sebenar. Sabda Rasulullah SAW, “Kesucian merupakan sebahagian daripada iman,” (Hadis Riwayat Muslim). Menjaga kebersihan pakaian merupakan sebahagian daripada iman, lalu bagaimana pula tentang mereka yang melonggokkan pakaian berhari-hari untuk dibasuh kemudiannya? Adakah mereka sempat berfikir bahawa sikap tersebut akan melenyapkan sebahagian daripada iman mereka?
Selain sibuk menunaikan tanggungjawab di medan ilmu, Khalishah Abirah tidak ketinggalan untuk menyertai Harakah Islamiyyah di kampus. Khalishah Abirah yakin bahawa tugasnya dalam menuntut ilmu dan akhirnya berijazah bukanlah alasan baginya untuk meninggalkan jamaah yang sememangnya sunnah Rasul Junjungan yang mulia. “Wah, Khalishah! Kenapa rajin ni?”, usik Hafiyyah tatkala dia sedang menyapu lantai di makmal. “Takdelah, biasa je. Kalau tak sapu lantai, tak tau pula nak buat apa,” kata Khalishah Abirah merendah diri. “Bagus, macam makcik tu kan?” tambah Raihanah. “Astaghfirullahal‘azim…”, bisik hati kecil Khalishah Abirah tatkala mendengar ucapan itu. Namun, Khalishah Abirah tetap tersenyum manis kepada kedua-dua sahibahnya. Mungkin mereka tidak sedar akan kata-katanya itu walaupun mereka sebenarnya berada dalam satu jamaah. Walau apapun, Rasulullah SAW pernah bersabda dan mengingatkan umatnya bahawa, “Iman itu terdiri atas lebih 70 cabang. Yang paling tinggi adalah mengucapkan Lailahaillallah dan yang paling rendah ialah menyingkirkan gangguan dari jalan,” (Hadis Riwayat Bukhari). Khalishah Abirah sangat mengambil iktibar daripada peringatan Rasulullah SAW tersebut lalu berusaha mentajdidkannya di dalam diri. Kebaikan yang kecil tidak seharusnya dipandang remeh malah kerja-kerja pembersihan merupakan suatu ibadah yang mulia di sisi Allah SWT. Ya Allah, betapa mulianya pekerja-pekerja yang menjalankan kerja-kerja pembersihan! Saban waktu mereka memastikan kebersihan dan selama itulah mereka sebenarnya memperbaharui dan meningkatkan iman! Allahuakbar! Bukankah Allah itu cantik dan suka akan kecantikan dan keindahan? Ustaz KH. Abdullah Gymnastiar menyarankan formula 3M untuk seseorang itu berubah dan melakukan pengislahan diri. Mulakan dengan diri sendiri, mulakan dengan perkara yang kecil dan mulakan pada saat sekarang. Dengan itu, perkara yang dianggap kecil sebelum ini sudah tentu akan menjadi suatu perkara yang besar jika kita benar-benar ingin membawa agama Allah di muka bumi!
Sejak kecil lagi, walid Khalishah Abirah yang merupakan seorang mudir di salah sebuah sekolah agama rakyat, Ustaz Ahmad Taqiyuddin Salleh sentiasa menasihati Khalishah Abirah tentang bahayanya mulut. Disebabkan mulutlah, banyak perselisihan dan pergaduhan terjadi. Oleh itu, Khalishah Abirah sentiasa berhati-hati ketika bermuamalah dengan sahabat dan sahabiahnya. Khalishah Abirah berusaha agar menjadikan diamnya adalah berfikir dan kata-katanya pula adalah berzikir kepada Allah SWT. Hadis yang diriwayatkan oleh Baihaqi ada menyebutkan “Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan sesiapa yang banyak dosanya, api nerakalah yang paling layak untuk dirinya.” “Mengapa Khalishah nampak lain je hari ini?”, tegur Hafiyyah setelah lama tidak berjumpa dengan Khalishah Abirah sejak cuti semester baru-baru ini. “Ye lah, Khalishah nampak macam berisi sikit,” tambah Raihanah. “Ye ke? Alhamdulillah ana sihat je,” balas Khalishah Abirah penuh hikmah. Mutiara kata oleh Professor Dr. Hamka sentiasa diingati oleh Khalishah Abirah bahawa, “Perbuatan baik yang dibalas baik ialah biasa. Perbuatan jahat yang dibalas jahat ialah biasa tetapi perbuatan jahat yang dibalas baik ialah luar biasa. Itulah budiman.” Rentetan itulah, Khalishah Abirah tidak pernah membalas perkataan jelek yang dihemburkan kepadanya. “Ya Allah, berikanlah mereka hidayah-Mu,” doa Khalishah Abirah setiap kali diuji dengan makhluk-Nya. Sepatutnya setiap orang muslim harus menyedari akan hakikat mulut yang dianugerahkan oleh Allah disebabkan mulut boleh menjadi penyebab bahagia atau sengsaranya seseorang di hari pembalasan kelak sebagaimana doa Rasulullah SAW, “Aku memohon syurga kepada-Mu dan apa yang dapat mendekatkanku ke sana berupa perkataan atau perbuatan dan aku berlindung kepada-Mu dari neraka dan apa yang dapat mendekatkanku ke sana berupa perkataan atau perbuatan…” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, Ahmad dan Ibnu Hibban).
“Assalamu’alaikum” ucap seorang muslimah. “Wa’alaikumussalam,” jawab ringkas salah seorang muslimah lain yang duduk berhampiran lalu meneruskan perbualan bersama sahabiahnya. Muslimah yang datang keseorangan itu lalu mengambil tempat bersebelahan dengan jamaah muslimat yang sedang rancak berbual itu dengan harapan agar mereka dapat saling berta’aruf dan berukhwah. Malangnya, sekumpulan jamaah muslimat itu tidak menghiraukannya. Begitulah detik awal yang dilalui oleh Khalishah Abirah sebelum memasuki jamaah. Apa yang Khalishah Abirah alami sebelum ini merupakan tarbiyyah hati oleh Allah SWT agar Khalishah Abirah tidak melakukan perbuatan yang sama terhadap orang lain. Sebetulnya, mereka yang mempunyai fikrah harus berakhlak mulia dan berkawan dengan semua lapisan masyarakat. Andaikata jamaah hanya selesa berada dalam kelompok mereka sahaja, maka bagaimana dakwah Islamiyyah hendak berkembang? Bagaimana pula dengan nasib para mad’u yang terdiri daripada kalangan orang-orang awam? Apakah harus dibiarkan saja sedangkan merekalah golongan majoriti dalam negara kita?
Khalishah Abirah sangat menginsafi tujuan Allah menciptakannya dan memberi kesempatan terhadap dirinya untuk dihidupkan buat tempoh yang sedetik cuma ini. Kewajipan untuk menegakkan kalimah Allah di menara ilmu adalah suatu misi yang harus disempurnakan. Kesediaan untuk ditarbiyyah dan mentarbiyyahkan sentiasa ada dalam hati kecilnya yang paling dalam. Khalishah Abirah selesa untuk bekerja dengan sesiapa sahaja dalam jamaah dan tidak bertakalluf dalam menetapkan sesuatu perkara kerana "Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah". (Hadis Riwayat Imam Ahmad). Para pendakwah yang menyebarkan risalah dakwah sebenarnya menyeru manusia seluruhnya supaya mengabdikan diri kepada Allah semata-mata dan tidak sepatutnya melupakan diri sendiri tatkala sibuk berdakwah kepada orang lain!
Benarlah bahawasanya muslimah cerdik yang solehah boleh berdakwah dengan menjadi dirinya sendiri. Khalishah Abirah semakin disenangi oleh rakan-rakannya. Kejayaan dakwah Khalishah Abirah yang luar biasa dan berjaya menarik lebih ramai warga kampus untuk menghayati, mengamalkan dan terlibat secara aktif dalam gerakan Islam telah menginsafkan Hafiyyah dan Raihanah. Mereka mengakui kekhilafan mereka selama ini terhadap Khalishah Abirah. Sikap berburuk sangka sesama muslim bukanlah sifat yang sewajarnya untuk menghiasi jalan dakwah yang sememangnya penuh liku dan cabaran. Hanya dengan kembali kepada Allah wa Rasul-Nya sahaja yang akan menjamin kejayaan serta kebahagiaan hakiki seseorang, “Allah memilih orang yang Dia kehendaki kepada agama tauhid dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya bagi orang yang kembali kepada-Nya,” (Asy-Syura: 13).
10.02.2009
Keberanian Imam Nawawi Menegakkan Haq (kebenaran)
Tugasnya sebagai seorang ulama' bukan hanya medannya dalam majlis pengajarannya sahaja, malah meliputi seluruh masyarakat. Justeru itu, beliau sering menulis surat kepada baginda Sultan Al-Malik Al-Zahir menasihatkannya dalam urusana agama. Akan tetapi nasihatnya yang ikhlas itu tidak diambil perhatian oleh baginda.
Diriwayatkan Sultan Al-Malik Al-Zahri meminta fatwa dari kalangan ulama'yang ada pada ketika itu untuk mengeluarkan fatwa bahawa harus mengambil harta rayat untuk menghadapi peperangan. Apabila ada ulama' yang tidak membenarkan mengambil harta rakyat, maka beliau akan membunuhnya serta-merta. Kemudian beliau bertanya adakah lagi ulama' yg belum aku bertanya? Pengawal-pengawalnya menjawab terdapat seorang lagi ulama' yang bernama al-Syeikh Muhyiddin Al-Nawawi. Lalu beliau memerintahkan supaya dapatkan segera fatwa daripadanya. Imam Nawawi mengeluarkan fatwa, harus mengambil harta dari rakyat setelah semua harta Sultan iaitu 1000 orang hamba dengan semua ketul-ketul emas dibelanjakan terlebih dahulu untuk berperang. Setelah itu barulah dibolehkan mengambil harta dari rakyat.
Fatwa Imam Nawawi tersebut menyebabkan sultan murka kepadanya dan memerintahkan Imam Nawawi diusir keluar dari Kota Damsyiq. Tindakan sultan itu deterima dengan tenang dan beliau pulang ke Nawa tempat asalnya.
Tindakan sultan hanya mengusir Imam Nawawi dengan tidak membunuhnya menimbulkan kehairanan di kalangan rakyat pada ketika itu. Lalu ditanya kepada baginda sultan. Beliau menjawab aku tidak membunuh Imam Nawawi adalah kerana setiap kali aku hendak menjatuhkan hukuman bunuh ke atasnya, aku melihat dua ekor singa ganas di atas bahunya yang hendak menerkam kepadaku.
Peristiwa ini memberikan satu iktibar kepada kita bahawa, keberanian seseorang ulama' yang tidak mengejar pangkat dan sebarang ganjaran dunia dan berkata benar adalah sifat terpuji dan akan sentiasa dipelihara oleh Allah S.W.T..
-nizar, qoute from Imam Nawawi Permata dari Kota Damsyiq..
9.21.2009
Ketenangan di Eidul Fitri...

Takbir bergema di pagi yang hening. Kalimah yang agung itu meresap jauh ke lubuk hati, mengalir deras dalam pembuluh darah dan meninggalkan isyarat dalam saraf-saraf neuron mengakibatkan langkahku terhenti seketika tatkala melangkah keluar dari kenderaan menuju ke masjid. Suatu perasaan ketenangan hinggap di lubuk jiwaku. Firman Allah SWT, "Wahai jiwa (an-nafs) yang tenang (bahagia), kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya," (al-Fajr: 27-28). Alunan takbir seirama dengan kesedihan dan kesayuan yang menyelubungi jiwa, merenungi nasib diri atas dosa2 silam serta mensyukuri atas peluang dan janji2-Nya yang benar, "Dan janji Allah itu benar. Siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?" (an-Nisa': 122). Mesin pengimbas turut mengenangkan orang2 tersayang yang telah kembali kepada Tuhannya. Semuanya bercampur baur saat lidah menyebut nama-Nya dan hati membesarkan Allah SWT.
Kesedaran tentang keikhlasan dalam beragama sangat mengusik jiwa sebagaimana yang terkandung dalam laungan takbir yang menginsafkan mengenai hakikat seorang hamba kepada Tuhannya. "Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang dengan ikhlas berserah diri kepada Allah, sedang dia mengerjakan kebaikan dan mengikuti agama Ibrahim yang lurus?" (an-Nisa': 125). Ikhlas tatkala senang lebih2 lagi saat diuji dengan makhluk-Nya, harus ditajdid ke dalam seluruh amalan dan lisan sehari2. Dengan demikian, kebahagiaan dapat dirasai dalam apa jua keadaan dan situasi yang dihadapi.
Allah SWT berfirman lagi, "Wahai orang2 yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara menyeluruh..." (al-Baqarah: 208). Maka, sememangnya aku mengharapkan semoga tarbiyyah Ramadhan yang telah dijalani benar2 akan membawa diri ini ke dalam fitrah agar mudah bagiku merasai ketenangan yang berpanjangan kerana aku gusar, seandainya aku tidak bersungguh2 dalam hal ini, maka tidaklah pantas bagiku untuk menggapai kejayaan di dunia apatah lagi di akhirat sana.
Alhamdulillah, Allah SWT telah menunjukkan keajaiban kesan beramal dengan agama-Nya kepadaku. Kesan memuliakan tetamu dan memulihkan hubungan persaudaraan sesama muslim telah dapat kurasai. Sekali lagi, ketenangan menusuk ke jiwaku. Tatkala tiba untuk menyempurnakan rukun Islam yang kedua lalu ditinggalkan segala urusan duniawi seketika menyebabkan bertambah2 ketenangan yang dapat dirasai di sudut hati yang paling dalam. Hablul minallah wa hablul minannas perlu dipelihara dengan sebaik2nya. Jaga Allah! Jaga Allah! Nescaya Allah akan menjagamu!
Ketenangan yang diperoleh harus disyukuri dengan amalan2 ketaatan serta tulus ikhlas memperhambakan diri kepada-Nya dan redha dengan segala pemberian-Nya sebagaimana yang disebutkan oleh Dr. 'Aidh bin Abdullah al-Qarni dalam bukunya La Tahzan, "Redha akan anugerah Allah menjadikan anda orang terkaya di dunia." Di samping itu juga, aku mengingatkan diriku agar jangan dibiarkan ketenangan itu diusik dengan ancaman akhir zaman yang melanda ummat pada masa kini antaranya, hiburan yang melalaikan dijadikan santapan buat menyambut kedatangan syawal. Nilai2 ketaqwaan yang cuba diraih sebelum ini sepatutnya tidak ditinggalkan walaupun Ramadhan telah melabuhkan tirai.
Ketenanganku adalah apabila sekembalinya aku kepada-Nya dan aku tidak mahu beralih dari titik fokus ini sampai bila2. Ketenangan itu adalah syurga di dunia buat mereka yang sentiasa mengingati Tuhannya, "Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang," (ar-Ra'ad: 28).
8.28.2009
Ubaidillah bin Qawari r.a.
Dalam masa ini, diri ini terasa nak beri tazkirah pada diri sendiri dan orang lain yang bergelar muslim atau muslimat..
Dalam buku Hidup Ibadat karya Ustaz Hj. Fadzil Hj.Ahmad, ada satu carita yang sangat menarik yg ingin diri ini kongsi bersama para pembaca sekalian semoga menjadi pedoman untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri..
Dalam sebuah kitab yang bernama KITABUL KABAIR, terdapat sebuah cerita tentang Ubaidillah bin Qawairi R.A bahawa pada suatu malam beliau dikunjungi oleh seorang tetamu sehingga menyebabkan beliau tidak dapat sembahyang Isya’ berjemaah sedangkan beliau tidak pernah walaupun sekali meninggalkan jemaah Isya’nya..
Oleh itu, beliau keluar ke Basrah untuk mencari mana2 masjid yang boleh tumpang berjemaah, tetapi malang sekali semua orang sudah sembahyang dan masjid2 pula telah dikunci. Lantas, beliau pulang ke rumah lalu menunaikan solat Isya’ sebanyak 27 kali kerana beliau ingat hadith Rasullullah SAW yang mengatakan bahawa sembahyang jemaah itu pahalanya 27 kali ganda.
Selepas sembahyang, Ubaidillah pun tidur lalu Allah memberikan kepada beliau mimpi di mana beliau bersama suatu kaum yang sedang menunggang kuda dan mereka pula berlumba-lumba. Beliau sendiri menuggang kudanya sepantas yang mungkin tetapi tidak dapat menyamai dan mengejar kumpulan tersebut. Salah seorang daripada kumpulan itu berkata kepadanya walaubagaimana laju kudanya, tidak akan dapat menyamai kumpulan tersebut kerana beliau tidak menunaikan solat Isya’ secara berjemaah.
Maha Suci Allah yang sungguh adil dalam segala hal.. saya harap kisah ini akan menjadi teladan kepada diri saya sendiri dan para pembaca..
Sama2lah kita amalkan solat berjemaah.. bukan solat Isya’ sahaja tetapi jika mampu kita berjemaah untuk kelima-lima waktu solat..
Seperti yang selalu saya ingatkan, biarlah ibadah kita ikhlas kepad Allah.. biarlah Allah yang menentukan pahala dan dosa yang selayaknya untuk kita.. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui akan tiap2 sesuatu… wassalam
Tq..
-PENJAGA TERPUJI
8.26.2009
Syarat-syarat jika ingin melakukan maksiat..
1. Makan rezeki yang bukan Allah jadikan
2. Buat maksiat di muka bumi/tempat yang bukan Allah cipta.
3. Lakukan maksiat di tempat Allah tak nampak.
4. Apabila Malaikat Izrail nak cabut nyawa,kata kepadanya tunggu sebentar,aku ingin solat taubat dahulu.
5. Bila Malaikat Malik nak heret kita ke neraka,jangan ikut.
Adakah kita semua dapat melakukan ini? Sudah pastinya tidak! Siapa kita yg dapat memenuhi syarat2 itu? Sedarlah kekerdilan kita sebagai hamba ALLAH 'Azza wa jalla. Bebaskanlah diri kita dari segala maksiat tidak kira perbuataan,lisan,hatta ke hati. Taubatlah dan perbaikilah diri kita sempena bulan Ramadhan yang mulia lagi berkat ini.
-by nizar-
8.25.2009
Islam?
Jangan risau post ni bukan ajaran sesat punya..
saja sebagai tazkirah kepada yang sudi membaca..
Saya kerap bertanya kepada diri.. apabila terlihat sesetengah umat Islam di dunia.. "lepa ni agama apa?" memang agak kasar, tapi dah yang tu yang tiba-tiba tersoal dalam lubuk hati ini.. kadang-kadang di khalayak ramai:
-an-nisa' dan ar-rijal berpegangan tangan.. (tak tau la kot lepa adik beradik, tapi takkan tak risau difitnah orang kot)
-an-nisa' dan ar-rijal berpakaian tetapi sebenarnya tidak berpakaian (yang ar-rijal berseluar pendek yang an-nisa' berbaju ketat)
-bahasa yang digunakan penuh dengan maki hamun (kadang-kadang tu, bukan dia marah pun, cuma saja2 syok2 maki.. macam2.. nak cakap ka nak maki?)
-panggilan kita sesama sendiri kurang mencerminkan Islam sebenar (yang manusia dipanggilnya binatang, yang binatang pula diberi nama manusia)
-ibu dan bapa semakin tertipu dengan kehebatan lakonan sesetengah makhluk Allah ini.. (kata nak keluar study, tapi last sekali pi buat maksiat.. tak kira la mata ka hati ka, cuba tengok dlm surah az-Zumar ayat 9 kot, apa balasan bagi orang yang tak reti nak guna nikmat pancaindera yang Allah bagi.. sesiapa yang rajin la..)
-guru2 dah layan macam kawan sendiri (memang la guru kita ada yang sporting, tapi bila kita bercakap tentang guru tu, tolonglah title 'guru' or 'cikgu' tu jangan dilupa, mislun: cikgu Hamid.. bukannya Hamid saja..)
-cara berpakaian da semakin 'kebaratan'.. (orang2 yahudi la'natullah ni pandai.. macam2 lepa buat nak hancurkan Islam dari dalam, mislun: lepa tau orang2 Islam tak boleh pakai seluar pendek yang menampakkan lutut.. lepa cipta seluar yang lebih sikit pada lutut.. mcm yang 'as-siniyyah' selalu pakai tu.. apabila lama sikit, sampai orang dah tak kisah pasal seluar ni, lepa pun mula agenda cipta seluar pendek yang betul2 pada paras lutu(semakin singkat) dan semakin lama semakin singkat.. saya rasa la, suatu hari nanti, seluar dalam pun jadi fesyen sesetengah orang Islam ni.. na'uzubillah)
-dan macam2 lagi kemungkaran yang berlaku di negara kita dan di dunia sekarang.. saya percaya semua orang tahu.. tapi rasa2nya orang2 yang lemah iman macam saya ni.. kita hanya mencegah kemungkaran dengan hati semata-mata.. Jadi saya mintak la kat pembaca yang kuat iman dan rasa dia boleh cegah kemungkaran dengan tangan dan lidah.. silalah berbuat demikian dengan segera.. cukuplah bala yang Allah turunkan ni.. mula2 SARS lepas tu H1N1 pulak.. TOLONGLAH DENGAR RAYUAN INSAN LEMAH INI.. Bayangkan jika Rasululluah masih hidup.. tidakkah baginda akan menangis melihat umatnya terpesong? Baginda sehingga nyawa di hujung pun masih ingat dekat kita, tapi sesetengah daripada kita tak pernah nak ingat walaupun sekali.. bila orang selawat tak teringin pun nak sambut balik.. renungkanlah.. penat2 saya tulis ni dengan bantuan tenaga daripada Allah.. Janganlah disiakan...
WALLAHU A'LAM.. ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH..
TQ
-penjaga terpuji
8.01.2009
Orang yang meninggalkan solat
Perempuan itu berkata: Wahai nabi Allah,sesungguhnya aku telah berzina dan aku telah lahirkan anak laki lalu aku membunuhnya,dan berkata musa a.s: Keluar kamu wahai penzina supaya tidak turun api dari langit yang akan bakar kami bersama,perempuan tersebut keluar dari sisinya dalam keadaan hancur hatinya,dan Jibril turun a.s. dan berkata: Wahai musa Allah berkata kepada kau: Kenapa kau menolak permintaan taubatnya wahai musa,tidakkah kau bertemu lebih teruk darinya? Berkata musa:wahai jibril siapa yg lebih jahat darinya ? Berkata:Orang yang meninggalakan solat dgn sengaja.
Ya akhi,ya ukhti,sedarlah sebelum terlambat,jagalah solat antum smua..
Ingat Allah,nescaya Dia akan mengingati kamu..
7.25.2009
Mari solat menuju kejayaan
1. Solat dapat meningkatkan seseorang untuk sentiasa mengingati ALLAH.
"Sesungguhnya Akulah ALLAH, tiada Tuhan melainkan Aku, oleh itu sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku"
(Surah Taha: 14)
2.Solat dapat menghapuskan dosa
"Sembahyang 5 waktu dan sembahyang jumaat hingga jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu sembahyang-sembahyang itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar."
(Hadis Riwayat Muslim)
3.Solat dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar.
"...sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati ALLAH adalah lebih besar (faedah dan kesannya) dan (ingatlah) ALLAH mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Ankabut: 45)
4.Solat memberi keberkatan dan kebahagiaan hidup.
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, (iaitu) mereka yang khusyuk dalam solatnya" (Surah al-Mukminun: 1-2)
5.Solat dapat melatih jasmani/fizikal dan baik untuk kesihatan diri.
6.Solat dapat melatih diri menjaga kebersihan dan kesucian.
"Hai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mendirikan solat (pada hal kamu berhadas kecil), maka berwuduklah iaitu membasuh muka kamu dan kedua-dua belah tangan hingga ke siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuh kaki kamu hingga ke buku lali. Dan jika berjunub (berhadas besar), maka bersucilah dengan mandi wajib".
-ubai-
7.11.2009
10 muwasofat muslim
- Akidah yang sejahtera
- Ibadah yang sahih
- Sihat tubuh badan
- Luas pengetahuan
- Akhlak yang mantap
- Tersusun urusannya (well-organized)
- Mampu berdikari
- Melawan nafsu
- Bermanfaat untuk orang lain
- Sangat menjaga masa (punctual)
Muhasabahlah diri kita adakah diri kita ini sudah mempunyai sifat2 di atas. Insya-Allah dengan melengkapkan diri kita dengan sifat2 ini, kita terutamanya remaja dapat menempuhi dunia yang fana ini melalui jalan Islam yang murni.
Our role as a da'ie
Ayat di atas menyeru kita agar berda'wah dalam mengembangkan Islam. Apabila kita mengajak orang lain melakukan kebaikan kita akan mendapat pahala yang equal apabila orang itu lakukannya, begitu juga sebaliknya jika kita mengajak orang berbuat mungkar, kita akan mendapat dosa yang equal juga..
Allah telah menyatakan satu perniagaan yang dapat selamatkan kita dari azab neraka iaitu:
- Beriman kepada Allah dan rasul-Nya
- Berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa
Dalam mempersiapkan diri untuk menjadi da'ie, kita mestilah mempunyai kriteria tertentu:
- Ada keyakinan yang jitu kepada Allah (As-sikhahtubillah)
Misalnya, ibu Nabi Musa percaya kepada Allah dengan menghanyutkan Nabi Musa di sungai. Lalu Nabi Musa diambil oleh isteri Firaun. Jika tidak dihanyutkan, sudah pastinya tentera-tentera Firaun akan membunuhnya. Akhirnya, Nabi Musa diberi juga kepada ibunya untuk disusukan..
Allah SWT telah berfirman: "Kamu (umat Muhammad) adalah sebaik2 umat dilahirkan untuk menyuruh berbuat baik dan mencegah segala yang mungkar dan beriman kpd Allah......"(ali-Imran:110)
Kita harus bersyukur kita ini dipilih oleh Allah sebagai umat yang terbaik. Tetapi untuk menjadi umat terbaik, mestilah:
- Menyuruh berbuat baik (amar ma'ruf)
- Mencegah mungkar (nahi munkar)
- Beriman kepada Allah
Hal ini menunjukkan tanggungjawab sebagai da'ie ialah tanggungjawab semua. Justeru, marilah bersama2 kita membuat amal islami dalam menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini.
TAKBIR- ALLAHU AKBAR