7.26.2009

muslim dan muslimah

Ibnu Umar radhiallahu anhumma telah melaporkan bahawa Nabi SAW pernah bersabda,”Wahai kaum wanita! Kamu(teristimewanya) bayarlah sedekah dan banyak bertaubat, kerana daku melihat kebanyakan penghuni neraka adalah wanita.” Salah seorang daripada pendengar berkata, “Wahai Rasulullah! Apakah kesalahan kami yang kebanyakan daripada kami akan memasuki neraka?” Nabi SAW menjawab,”Kamu paling kerap mempunyai tabiat melaknat(semasa perbualan) dan kamu lebih tidak bersyukur kepada suami kamu. Daku tidak melihat seseorang yang kekurangan dalam ketakwaan dan hikmah seperti kamu tetapi menguasai seorang yang berhikmah.” (Bukhari, Muslim, Tarjumanus Sunnah) Hazrat Ibnu Mas’ud telah memberitakan bahawa Nabi bersabda,”Seseorang wanita patut ditutupi kerana apabila dia keluar, syaitan akan memandangnya,”(Tirmizi) Begitu juga, maka perlulah wanita menjaga suara supaya tidak didengari oleh orang luar. Adalah juga penting, lelaki menghindari dari melafazkan puisi di khalayak wanita lain oleh kerana wanita bersifat lembut hatinya dan mudah cenderung kepada pengaruh buruk. (Uswah rasool e akram) Hazrat Hasan Basari ra. memberitahu bahawa dia telah mendengar Rasulullah SAW bersabda,”Allah melaknati orang yang memandang kepada seseorang wanita asing dan juga seseorang yang dipandang itu.” (Mishkat) Hazrat Abu Musa ra. Telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda,”Mata yang memandang kepada seseorang lelaki atau wanita asing dengan niat buruk adalah penzinaan dan seseorang wanita yang mewangikan dirinya dan kemudiannya lalu di hadapan khalayak lelaki adalah tiada bezanya. (Tirmizi, Abu Daud) Hazrat Ibnu Mulaika ra memberitahu bahawa apabila seseorang menyatakan kepada Hazrat Aisyah bahawa seorang wanita sedang memakai sandal(kasut lelaki) maka dia menjawab bahawa Rasulullah melaknati wanita yang bersifat kelakian (Abu Daud) Adalah sunnah bagi wanita mengucap salam dan selamat antara satu sama lain dan berjabat tangan. Ini patut digalakkan.(Tabrani, Baihaqi) Nota: antara sesama wanita sahaja. Ibnu Abi Dunya dan Baihaqi telah memberitakan dari Ash Shabi bahawa Nabi bersabda,”Laknatlah kepada penyanyi-penyanyi perempuan dan kepada sesiapa yang mereka nyanyikan,”

Hebahan...

7.25.2009

Mari solat menuju kejayaan

Rahsia mengerjakan solat.


1. Solat dapat meningkatkan seseorang untuk sentiasa mengingati ALLAH.


"Sesungguhnya Akulah ALLAH, tiada Tuhan melainkan Aku, oleh itu sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku"
(Surah Taha: 14)

2.Solat dapat menghapuskan dosa

"Sembahyang 5 waktu dan sembahyang jumaat hingga jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu sembahyang-sembahyang itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar."
(Hadis Riwayat Muslim)


3.Solat dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar.

"...sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati ALLAH adalah lebih besar (faedah dan kesannya) dan (ingatlah) ALLAH mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Ankabut: 45)


4.Solat memberi keberkatan dan kebahagiaan hidup.


"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, (iaitu) mereka yang khusyuk dalam solatnya" (Surah al-Mukminun: 1-2)

5.Solat dapat melatih jasmani/fizikal dan baik untuk kesihatan diri.

6.Solat dapat melatih diri menjaga kebersihan dan kesucian.

"Hai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mendirikan solat (pada hal kamu berhadas kecil), maka berwuduklah iaitu membasuh muka kamu dan kedua-dua belah tangan hingga ke siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuh kaki kamu hingga ke buku lali. Dan jika berjunub (berhadas besar), maka bersucilah dengan mandi wajib".

-ubai-

7.11.2009

10 muwasofat muslim

10 sifat yang harus ada pada setiap muslim:

  1. Akidah yang sejahtera
  2. Ibadah yang sahih
  3. Sihat tubuh badan
  4. Luas pengetahuan
  5. Akhlak yang mantap
  6. Tersusun urusannya (well-organized)
  7. Mampu berdikari
  8. Melawan nafsu
  9. Bermanfaat untuk orang lain
  10. Sangat menjaga masa (punctual)

Muhasabahlah diri kita adakah diri kita ini sudah mempunyai sifat2 di atas. Insya-Allah dengan melengkapkan diri kita dengan sifat2 ini, kita terutamanya remaja dapat menempuhi dunia yang fana ini melalui jalan Islam yang murni.

Our role as a da'ie

Firman Allah: 'Dan hendaklah ada di antara satu puak yang menyeru (berda'wah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala yang baik dan mencegah segala yang mungkar dan merekalah orang yang berjaya' (ali-Imran:103)

Ayat di atas menyeru kita agar berda'wah dalam mengembangkan Islam. Apabila kita mengajak orang lain melakukan kebaikan kita akan mendapat pahala yang equal apabila orang itu lakukannya, begitu juga sebaliknya jika kita mengajak orang berbuat mungkar, kita akan mendapat dosa yang equal juga..

Allah telah menyatakan satu perniagaan yang dapat selamatkan kita dari azab neraka iaitu:

  • Beriman kepada Allah dan rasul-Nya
  • Berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa

Dalam mempersiapkan diri untuk menjadi da'ie, kita mestilah mempunyai kriteria tertentu:

  • Ada keyakinan yang jitu kepada Allah (As-sikhahtubillah)

Misalnya, ibu Nabi Musa percaya kepada Allah dengan menghanyutkan Nabi Musa di sungai. Lalu Nabi Musa diambil oleh isteri Firaun. Jika tidak dihanyutkan, sudah pastinya tentera-tentera Firaun akan membunuhnya. Akhirnya, Nabi Musa diberi juga kepada ibunya untuk disusukan..

Allah SWT telah berfirman: "Kamu (umat Muhammad) adalah sebaik2 umat dilahirkan untuk menyuruh berbuat baik dan mencegah segala yang mungkar dan beriman kpd Allah......"(ali-Imran:110)

Kita harus bersyukur kita ini dipilih oleh Allah sebagai umat yang terbaik. Tetapi untuk menjadi umat terbaik, mestilah:

  • Menyuruh berbuat baik (amar ma'ruf)
  • Mencegah mungkar (nahi munkar)
  • Beriman kepada Allah

Hal ini menunjukkan tanggungjawab sebagai da'ie ialah tanggungjawab semua. Justeru, marilah bersama2 kita membuat amal islami dalam menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini.

TAKBIR- ALLAHU AKBAR

7.09.2009

Tak dapat ku bayangkan


Tak dapat ku bayangkan
Andai hidupku dihabiskan
Untuk amal fardhi semata
Hidup dalam dunia sendiri dengan bangga
Anggap diri sendiri sahaja yang mulia
Walhal nilaian Tuhan hanyalah taqwa

Tak dapat ku bayangkan
Sekiranya nikmat Tuhanku didustakan
Hidayah-Nya sengaja tidak diendahkan
Ajakan sahabat selalu diremehkan
Memandang kecil suatu kebaikan
Padahal diri tiada kemuliaannya
Tanpa nur Islam di dada
Bak menyuluh dunia yang fana

Tak dapat ku bayangkan
Jika aku tidak menghidupkan sunnah Rasul yang mulia
Setelah mengaku diri amat mencintainya
Jangan pernah terlintas di hati untuk berlagak munafik
Apatah lagi menjadi seorang alim yang fasik
Semoga hatiku tidak berbolak-balik

Tak dapat ku bayangkan
Makna yang selayaknya buat seorang da'ie
Andai diabaikan saja amal jam'ie
Berasa selesa bila jamaah dijauhi
Sesudah nyata barakah yang bakal didapati
Bila bertemu, berkumpul dan bersatu kerana Ilahi
Maka diharapkan ketetapan roh mujahadahku ini
Di jalan da'wah dan tarbiyyah yang pasti
Hingga tiba pertemuan abadi
Yang selama ini ku nanti