8.28.2009

Ubaidillah bin Qawari r.a.

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..

Dalam masa ini, diri ini terasa nak beri tazkirah pada diri sendiri dan orang lain yang bergelar muslim atau muslimat..

Dalam buku Hidup Ibadat karya Ustaz Hj. Fadzil Hj.Ahmad, ada satu carita yang sangat menarik yg ingin diri ini kongsi bersama para pembaca sekalian semoga menjadi pedoman untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri..

Dalam sebuah kitab yang bernama KITABUL KABAIR, terdapat sebuah cerita tentang Ubaidillah bin Qawairi R.A bahawa pada suatu malam beliau dikunjungi oleh seorang tetamu sehingga menyebabkan beliau tidak dapat sembahyang Isya’ berjemaah sedangkan beliau tidak pernah walaupun sekali meninggalkan jemaah Isya’nya..

Oleh itu, beliau keluar ke Basrah untuk mencari mana2 masjid yang boleh tumpang berjemaah, tetapi malang sekali semua orang sudah sembahyang dan masjid2 pula telah dikunci. Lantas, beliau pulang ke rumah lalu menunaikan solat Isya’ sebanyak 27 kali kerana beliau ingat hadith Rasullullah SAW yang mengatakan bahawa sembahyang jemaah itu pahalanya 27 kali ganda.

Selepas sembahyang, Ubaidillah pun tidur lalu Allah memberikan kepada beliau mimpi di mana beliau bersama suatu kaum yang sedang menunggang kuda dan mereka pula berlumba-lumba. Beliau sendiri menuggang kudanya sepantas yang mungkin tetapi tidak dapat menyamai dan mengejar kumpulan tersebut. Salah seorang daripada kumpulan itu berkata kepadanya walaubagaimana laju kudanya, tidak akan dapat menyamai kumpulan tersebut kerana beliau tidak menunaikan solat Isya’ secara berjemaah.

Maha Suci Allah yang sungguh adil dalam segala hal.. saya harap kisah ini akan menjadi teladan kepada diri saya sendiri dan para pembaca..

Sama2lah kita amalkan solat berjemaah.. bukan solat Isya’ sahaja tetapi jika mampu kita berjemaah untuk kelima-lima waktu solat..

Seperti yang selalu saya ingatkan, biarlah ibadah kita ikhlas kepad Allah.. biarlah Allah yang menentukan pahala dan dosa yang selayaknya untuk kita.. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui akan tiap2 sesuatu… wassalam

Tq..

-PENJAGA TERPUJI

8.26.2009

Syarat-syarat jika ingin melakukan maksiat..

Apabila antum baca tajuknya memang agak pelik.Tapi bacalah sehingga akhirnya. Manusia sentiasa bergelumang dengan maksiat sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak.Sememangnya jika kita melakukan maksiat,dosa akan dicatat dalam rekod amalan kita. Sebab itulah kita digalakkan berbanyak beristighfar,solat taubat untuk menghapuskan dosa tersebut. Tetapi,jika kita ingin melakukan juga maksiat walaupun dah berbuih nasihat yg diterima,inilah syaratnya:

1. Makan rezeki yang bukan Allah jadikan
2. Buat maksiat di muka bumi/tempat yang bukan Allah cipta.
3. Lakukan maksiat di tempat Allah tak nampak.
4. Apabila Malaikat Izrail nak cabut nyawa,kata kepadanya tunggu sebentar,aku ingin solat taubat dahulu.
5. Bila Malaikat Malik nak heret kita ke neraka,jangan ikut.

Adakah kita semua dapat melakukan ini? Sudah pastinya tidak! Siapa kita yg dapat memenuhi syarat2 itu? Sedarlah kekerdilan kita sebagai hamba ALLAH 'Azza wa jalla. Bebaskanlah diri kita dari segala maksiat tidak kira perbuataan,lisan,hatta ke hati. Taubatlah dan perbaikilah diri kita sempena bulan Ramadhan yang mulia lagi berkat ini.

-by nizar-

8.25.2009

Tawassulku dengan nama-nama-Mu

Ya Ghaffar
Aku memohon keluasan maghfirah-Mu
Agar Engkau ampunkan aku
Dari segala al-mubiqat yang telah ku lakukan
Atas semua tindakanku yang melampaui batas
Sungguh, pintu taubat-Mu sentiasa terbuka luas
Maka, kekalkanlah aku dalam taubat

Ya Hadi
Berikanlah aku petunjuk menuju redha-Mu
Kurniakanlah aku dengan keteguhan taufiq wa istiqamah
Dalam mentakwinkan diriku yang sememangnya lemah
Semoga menjadi muslimah cerdik yang solehah
Yang memiliki sifat-sifat mahmudah

Ya Muhaimin
Yang Maha Pemelihara
Peliharalah aku daripada fitnah duniawi
Samada di langit atau di bumi
Jadikanlah aku wanita suci lagi terpelihara di sisi-Mu
Lindungilah aku daripada ar-rijal yang belum lagi halal buatku

Ya Basith
Lapangkanlah hati dan fikiranku dari kebuntuan
Tiupkanlah ke dalam rohku akan ketenangan
Titipkanlah jiwaku dengan ketegasan
Agar aku beroleh keredhaan yang berkekalan

Ya Wadud
Jadikanlah cinta-Mu lebih ku raja' dan ku puja
Yang disusuli pula dengan cinta Rasulullah
Moga cinta insani yang bakal dikecapi itu nanti
Akan meningkatkan ketaqwaan dan pengabdian diri
Dalam memenuhi tuntutan rohani menuju Ilahi


Islam?

Islam?
Jangan risau post ni bukan ajaran sesat punya..
saja sebagai tazkirah kepada yang sudi membaca..
Saya kerap bertanya kepada diri.. apabila terlihat sesetengah umat Islam di dunia.. "lepa ni agama apa?" memang agak kasar, tapi dah yang tu yang tiba-tiba tersoal dalam lubuk hati ini.. kadang-kadang di khalayak ramai:
-an-nisa' dan ar-rijal berpegangan tangan.. (tak tau la kot lepa adik beradik, tapi takkan tak risau difitnah orang kot)
-an-nisa' dan ar-rijal berpakaian tetapi sebenarnya tidak berpakaian (yang ar-rijal berseluar pendek yang an-nisa' berbaju ketat)
-bahasa yang digunakan penuh dengan maki hamun (kadang-kadang tu, bukan dia marah pun, cuma saja2 syok2 maki.. macam2.. nak cakap ka nak maki?)
-panggilan kita sesama sendiri kurang mencerminkan Islam sebenar (yang manusia dipanggilnya binatang, yang binatang pula diberi nama manusia)
-ibu dan bapa semakin tertipu dengan kehebatan lakonan sesetengah makhluk Allah ini.. (kata nak keluar study, tapi last sekali pi buat maksiat.. tak kira la mata ka hati ka, cuba tengok dlm surah az-Zumar ayat 9 kot, apa balasan bagi orang yang tak reti nak guna nikmat pancaindera yang Allah bagi.. sesiapa yang rajin la..)
-guru2 dah layan macam kawan sendiri (memang la guru kita ada yang sporting, tapi bila kita bercakap tentang guru tu, tolonglah title 'guru' or 'cikgu' tu jangan dilupa, mislun: cikgu Hamid.. bukannya Hamid saja..)
-cara berpakaian da semakin 'kebaratan'.. (orang2 yahudi la'natullah ni pandai.. macam2 lepa buat nak hancurkan Islam dari dalam, mislun: lepa tau orang2 Islam tak boleh pakai seluar pendek yang menampakkan lutut.. lepa cipta seluar yang lebih sikit pada lutut.. mcm yang 'as-siniyyah' selalu pakai tu.. apabila lama sikit, sampai orang dah tak kisah pasal seluar ni, lepa pun mula agenda cipta seluar pendek yang betul2 pada paras lutu(semakin singkat) dan semakin lama semakin singkat.. saya rasa la, suatu hari nanti, seluar dalam pun jadi fesyen sesetengah orang Islam ni.. na'uzubillah)
-dan macam2 lagi kemungkaran yang berlaku di negara kita dan di dunia sekarang.. saya percaya semua orang tahu.. tapi rasa2nya orang2 yang lemah iman macam saya ni.. kita hanya mencegah kemungkaran dengan hati semata-mata.. Jadi saya mintak la kat pembaca yang kuat iman dan rasa dia boleh cegah kemungkaran dengan tangan dan lidah.. silalah berbuat demikian dengan segera.. cukuplah bala yang Allah turunkan ni.. mula2 SARS lepas tu H1N1 pulak.. TOLONGLAH DENGAR RAYUAN INSAN LEMAH INI.. Bayangkan jika Rasululluah masih hidup.. tidakkah baginda akan menangis melihat umatnya terpesong? Baginda sehingga nyawa di hujung pun masih ingat dekat kita, tapi sesetengah daripada kita tak pernah nak ingat walaupun sekali.. bila orang selawat tak teringin pun nak sambut balik.. renungkanlah.. penat2 saya tulis ni dengan bantuan tenaga daripada Allah.. Janganlah disiakan...
WALLAHU A'LAM.. ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH..
TQ
-penjaga terpuji

8.23.2009

Kasih ku kepada ramadhan

Ramadhan yang penuh makrifat
Ramadhan ditunggu-tunggu
kembali menjengah hati setiap Muslim
memekarkan keberkatan dan kebesaran
Yang Maha Kuasa

Ramadhan yang menyejukkan hatiku
yang melembutkan kerasku
yang mendamaikan gelodak rasaku
yang menghilangkan amarahku
yang menghadiahkan penghargaanku
buat insan-insan tersayang
yang menambahkan cinta kasihku
pada Yang Satu

Ramadhan
syarul Syiam
berikan aku kekuatan akal, fizikal, hati dan iman
jauhkan aku daripada perkara yang dikeji
yang mengurangkan keberkatan
ya Mutakkabir

Ramadhan
syarul Qiyam
malam-malammu malam terindah dalam hidup
malam-malam yg penuh ibadah
malam-malam yang penuh berkat
lalu,
haruskah aku membiarkan malam-malammu berlalu sepi
tanpa sujud syukurku pada
Ar-Rahman
Ar-Rahim

Ramadhan
syarul Quran
bait-baitmu adalah puisi agung
yang menyuntik penawar terbaik buat hati dan jiwaku
patah perkataanmu adalah keajaiban
adalah mukjizat dengan nikmat yang tertinggi
yang menjadi peganganku
penunjuk arah dalam langkah perjalananku
yang menyalurkan kasih suciku buat Yang Maha Agung

Ramadhan
syarul Tarbiyah
hari-harimu adalah satu didikan buatku
yang menundukkan egoku
yang menghilangkan rasa dendamku
yang menjernihkan segala keruh di hatiku
yang memupuk keinginanku menghayati sifat kekasih Allah
yang mulia disisi-Nya

Ramadhan
syarul Jihad
pada setiap langkahku
setiap degup nafasku
setiap denyut nadiku
setiap detik ingatanku

Islam
adalah matahari bagi hatiku
bulan bagi jiwaku
bintang bagi mataku

Ramadhan
perjuanganku menggapai solehah baru bermula
pertemukan aku pada ketibaan-ketibaanmu yang akan datang
rasa rindu dan kasih ini akan selalu mengiringiku sepanjang waktu
selama mana nafas masih menjadi milikku

YA ALLAH
sesungguhnya Engkau tahu setiap bait puisi hatiku


dipetik daripada: www.iluvislam.com.

8.02.2009

Andai ku tahu ini ramadhan terakhirku..

Wahai insan, renunglah engkau akan nasib diri
Wahai qalbu, sedarkah engkau akan gerak hati
Wahai aqal, terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi

Andai ini merupakan Ramadhan ku yang terakhir kali
Buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
Kematian...adalah sesuatu yang pasti.....

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya aku sibuk berzikir
"a'la bizikrallahi tat mainnal qulub"
[Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang..]
Biarpun anak tekakku kering kehausan air
Tentu aku tak akan jemu melagukan syair
Rindu mendayu..
Merayu...
Kepada-NYA Tuhanku yang satu...

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatku dikerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai...
Sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
Mengadap Rabbul Jalil...
Menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan aku persiakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal ku dendang...bakal ku syairkan

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu aku sibukkan dengan
Berterawih...
Berqiamullail...
Bertahajjud...
Mengadu...
Merintih...
Meminta belas kasih....
"Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Oleh itu duhai Ilahi...
Kasihanilah daku hamba-MU yang...
Hina..
Dhaif..
Jahil..
Lagi Banyak Dosa ini..
Menikmati bulan yg dirindui oleh nabi dan sahabat-Nya..
Moga setiap langkah ku zuhud kepada MU..
Moga ku istiqamah di ramadhan ini..

ANDAI AKU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR………

-dipetik daripada laman web www.iluvislam.com

8.01.2009

Orang yang meninggalkan solat

Telah diriwayatkan bahawa seorang perempuan dari Bani Israel datang bertemu nabi Musa a.s. berkata ia: Wahai Rasullallah: Aku telah lakukan dosa yg dosa itu adalah dosa besar dan sesungguhnya aku sudah bertaubat kepada Allah,tolonglah berdoa kpd Allah supaya Dia ampunkan dosaku dan menerima taubatku dan berkata musa a.s: Apa dosamu??
Perempuan itu berkata: Wahai nabi Allah,sesungguhnya aku telah berzina dan aku telah lahirkan anak laki lalu aku membunuhnya,dan berkata musa a.s: Keluar kamu wahai penzina supaya tidak turun api dari langit yang akan bakar kami bersama,perempuan tersebut keluar dari sisinya dalam keadaan hancur hatinya,dan Jibril turun a.s. dan berkata: Wahai musa Allah berkata kepada kau: Kenapa kau menolak permintaan taubatnya wahai musa,tidakkah kau bertemu lebih teruk darinya? Berkata musa:wahai jibril siapa yg lebih jahat darinya ? Berkata:Orang yang meninggalakan solat dgn sengaja.

Ya akhi,ya ukhti,sedarlah sebelum terlambat,jagalah solat antum smua..
Ingat Allah,nescaya Dia akan mengingati kamu..