11.14.2009

HADIR HATI ADALAH ROH SOLAT

Solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih awal di akhirat kelak oleh Allah SWT,berbanding dengan amalan yang lain.Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna,maka barulah dihitung pula amalan yang lain.
Menurut pendapat al-Imam al-Ghazali:
Tidak syak seseorang itu berzikir atau membaca dalam solat ialah untuk memuji Tuhan dan yang menjadi matlamat tdak lain ialah Allah SWT

Solat adalahditujukan kepada Allah SWT,namun percakapan itu akan menjadi sia-sia jika tidak disertai dengan hati yang sentiasa ingat akan Allah,kerana hati adalah perantaraan atau wasilah dengan Allah SWT. Bagaimanakah hati boleh jadi perantaraan sekiranya ia dalam keadaan lalai,maka selama itulah segala bacaan itu tidak sampai kepada Allah SWT.

Dengan sebab itu ia tidak akan dapat 'syuhud' bersaksi kepada Allah atau melihat Allah SWT dalam ertikata melihat dengan pandangan hati. Hati diciptakan oleh Allah untuk mengenal dan melihat ALLAh ,namun tidak mungkin hati dapat syuhud kepada Allah sedangkan ia dalam keadaan lalai.

Nabi Musa a.s memohon bantuan dan Allah agar dilapangkan dadanya sebagai persiapan untuk menghadapi cabaran firaun. DEngan hati yang lapang,dalam ertikata yang lain dipenuhi dengan taqwa,iman ,sabar menghadapi sebarang rintangan itu saja cara yang akan dapat melaksanakan tugas dakwah yang besar itu.
Tidak mungkin dapat dilaksanakan tugas bertemu dengan Firaun, untuk melaksanakan kerja sakwah terhadap seseoran yang sangat memusuhi ajaran Allah,jika pergi berjumpa dengan hati yang berserabut.

Orang yang hati lalai dalam solatnya,meskipun lidahnya menyebut lafaz zikir dan ayat fatihahatau surah, namun segala gerakan itu bukan dari dorongan hati. Ia hanya bergerak disebabkan kebiasaan tentulah akan mudah terkeluar dari mulut mereka. Tetapi alngkah jauhnya dari tujuan solat yang difardhukan oleh Allah SWT itu,kerana yang dikatakan solat itu ialah hadir hati ketika melakukan ibadah tersebut.

Hadir hati dalam solat merupakan nyawa kepada solat tersebut. Sesungguhnya sesiapa tahu rahsia hadir hati dalam solat,maka dengan sendirinya ia tahu lalai ialah lawan bagi solat,kerana lalai itu bercanggah dengan tujuan solat yang sebenarnya.
Solat seseorang yang dalam keadaan kedaan lalai,sesungguhnya tidak mempunyai sebarang nilai kebaikan di sisi Allah.

Kesimpulannya,hati yang sentiasa ingatdan mengikuti segala perbuatan dalam solat adalah menjadi nyawa kepada solat tersebut. Apabila hati lalai,solat itu hanya tinggal kerangka saja jasad sja tetapi rohnya sudah melayang.

dari kitab KHUSYUK DALAM SOLAT

-nizar-

11.07.2009

Solat & Yoga

Terdapat golongan mengatakan solat adalah yoga. Solat sebenarnya bukanlah senaman ataupun yoga malah bagi semua orang Islam, Solat lebih agung daripada sebarang senaman. Solat adalah zikir yang paling mulia, Allah telah berfirman dalam Surah Al-Ankabut, ayat 45 "Dan zikrullah (solat) adalah lebih besar keutamaannya".

Yoga mempunyai kedudukan tertentu yang dikenali asanas. Seseorang akan duduk pada kedudukan tertentu bagi jangka masa tertentu dengan melafazkan kalimat-kalimat mantra tertentu di samping bernafas secara teratur. Salah satu kedudukan yang penting dikenali sebagai Sirshasana (headstand). Seseorang pengamal yoga akan meletakkan kepalanya dan di peringkat kemuncaknya meluruskan badan supaya kakinya berada di atas. Malangnya kedudukan ini tidak dapat dilakukan oleh semua orang.

Sekiranya dilihat secara menyaluruh, memang terdapat beberapa unsur yoga dalam solat. Solat mempunyai kedudukan serta gerak badan tertentu (Rukun Fi'li). Solat juga mementingkan gerak hati yang ikhlas kerana Allah (Rukun Qalbi). Selain itu, solat juga mempunyai kalimat-kalimat tertentu yang perlu dilafazkan (Rukun Qauli dan zikir). Antara kedudukan penting dalam solat ialah sujud. Di kedudukan ini seseorang meletakkan kepalanya ke bumi dan di kedudukan ini darah dari jantung turun ke otak dengan mudah. Berbeza dengan Sirshasana, sujud dapat dilakukan oleh semua orang.

Namun solat adalah lebih daripada yoga kerana ia adalah ibadah yang berdasarkan wahyu. Solat adalah aktiviti penyembahan kepada Yang Maha Pencipta. Seseorang yang hendaklah membersihkan jiwanya dari kesyirikan sebelum bersolat bagi mengEsakan Allah. Di samping itu, pembersihan jasad denagn berwuduk adlah diwajibkan. Pemakaian seseorang juga perlu menjurus kepada pengabdian dengan menutup aurat. Solat disyariatkan secara berjemaah malah berjemaah juga adalah wajib bagi solat-solat tertentu.

Kesemua tuntutan ini tidak wujud pada yoga. Jika dibandingkan dengan yoga, solat adalah lebih lengkap dan komprehensif dan kesan jangka panjangnya adalah lebih mendalam.

Wassalam...
*Dipetik dari buku : Quran Saintik oleh Dr. Danial Zainal Abidin*

Farhan