8.28.2009

Ubaidillah bin Qawari r.a.

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..

Dalam masa ini, diri ini terasa nak beri tazkirah pada diri sendiri dan orang lain yang bergelar muslim atau muslimat..

Dalam buku Hidup Ibadat karya Ustaz Hj. Fadzil Hj.Ahmad, ada satu carita yang sangat menarik yg ingin diri ini kongsi bersama para pembaca sekalian semoga menjadi pedoman untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri..

Dalam sebuah kitab yang bernama KITABUL KABAIR, terdapat sebuah cerita tentang Ubaidillah bin Qawairi R.A bahawa pada suatu malam beliau dikunjungi oleh seorang tetamu sehingga menyebabkan beliau tidak dapat sembahyang Isya’ berjemaah sedangkan beliau tidak pernah walaupun sekali meninggalkan jemaah Isya’nya..

Oleh itu, beliau keluar ke Basrah untuk mencari mana2 masjid yang boleh tumpang berjemaah, tetapi malang sekali semua orang sudah sembahyang dan masjid2 pula telah dikunci. Lantas, beliau pulang ke rumah lalu menunaikan solat Isya’ sebanyak 27 kali kerana beliau ingat hadith Rasullullah SAW yang mengatakan bahawa sembahyang jemaah itu pahalanya 27 kali ganda.

Selepas sembahyang, Ubaidillah pun tidur lalu Allah memberikan kepada beliau mimpi di mana beliau bersama suatu kaum yang sedang menunggang kuda dan mereka pula berlumba-lumba. Beliau sendiri menuggang kudanya sepantas yang mungkin tetapi tidak dapat menyamai dan mengejar kumpulan tersebut. Salah seorang daripada kumpulan itu berkata kepadanya walaubagaimana laju kudanya, tidak akan dapat menyamai kumpulan tersebut kerana beliau tidak menunaikan solat Isya’ secara berjemaah.

Maha Suci Allah yang sungguh adil dalam segala hal.. saya harap kisah ini akan menjadi teladan kepada diri saya sendiri dan para pembaca..

Sama2lah kita amalkan solat berjemaah.. bukan solat Isya’ sahaja tetapi jika mampu kita berjemaah untuk kelima-lima waktu solat..

Seperti yang selalu saya ingatkan, biarlah ibadah kita ikhlas kepad Allah.. biarlah Allah yang menentukan pahala dan dosa yang selayaknya untuk kita.. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui akan tiap2 sesuatu… wassalam

Tq..

-PENJAGA TERPUJI

No comments:

Post a Comment